Review Filem: Sitaram (2019)

  • Whatsapp

Filem Telugu keluaran 2019 ini saya tonton semalam melalui Youtube (Dubbing hindi dan subtitle English).

Sita Ram mengemukakan pelakun Bellamkonda Srinivas, Kajal Agarwal dan Sonu Sood.Idea filem ini di ambil dari filem Hollywood terkenal ‘Rain Man’.

.

Anand Mohan yang merupakan seorang peniaga menghadapi masaalah kewangan yang teruk dan hampur muflis.Isterinya sendiri enggan membantu Anand dan tidak mahu memberikan barang kemas nya sebagai pinjaman untuk meneruskan perniagaan.

Nasib Anand di selamatkan oleh keluarga Ram di mana ibu Ram memberikan barang kemas nya kepada Anand kerana nilai persahabatan.Perniagaan Anand mula pulih semula dan berkembang tetapi malangnya ibubapa Ram yang membantu Anand meninggal dunia dalam kemalangan.

Ram adalah kanak2 yang baru berusia 4 tahun dan di bawa pulang oleh Anand ke rumah untuk di peliharan tetapi tidak di sukai oleh isterinya.Tetapi Ram dan anak Mohan bernama Sita merupakan kawan baik.

Isteri Anand yang cemburu dan marah bila di beritahu harta mereka yang telah banyak adalah milik Ram kerana bantuan ibu bapa nya sebelum meninggal dunia.Isteri Anand mula menyiksa dan mendera mental Ram sehingga terpaksa di bawa ke hospital.

Atas nasihat doktor , Anand terpaksa membawa Ram jauh dan meninggalkan nya di sebuah asrama di Bhutan bagi mempelajari ilmu kerohanian dan melupakan hal dunia.Penderaan mental isteri Anand menyebabkan tekanan yang sukar pulih pada kanak2 ini di mana jantung Ram akan berdegup kencang jika mengalaminya.Jadi Ram tidak boleh marah atau sedih kerana keadaan badan nya mampu bertukar samada lemah atau menjadi lebih kuat.

Sebelum meninggalkan Ram, Anand telah berjanji bahawa Sita akan kembali mencari nya pada satu hari dan kedua mereka akan menjaga satu sama lain.

.

20 tahun kemudian Sita yang telah dewasa dan mengurus perniagaan keluarganya yang kaya.Dalam usaha untuk mengusir setinggan di atas tanah yang baru di beli, Sita telah meminta bantuan MLA Basaraju yang merupakan ahli parlimen dan juga ketua samseng tempatan.

Sita di paksa untuk hidup bersama dengan MLA Basarajau sebagai syarat bantuan di mana Sita bersetuju.Selepas berjaya mengusir setinggan diatas tanah Sita dengan bantuan samseng dan polis, Basaraju menuntut janjinya namun di permainkan oleh Sita.

Sita kini seorang gadis yang ego, bongkak, tidak mahu mengalah dan sanggup berbuat apa saja untuk memastikan impian nya tercapai.Sita tidak kisah jika ada yang mati demi rancangan nya.

MLA Basaraju dan Sita mula berperang.Basaraju menggunakan semua pengaruh yang dia ada termasuk pegawia kerajaan,polis peguam untuk menjadikan Sita bangkrap.

Peminjam memberikan masa beberapa hari untuk Sita membayar balik pinjaman yang sepatutnya 6 bulan.Pada masa yang sama , Sita mendapat berita bahawa bapanya Anand Mohan telah meninggal dunia.Sita yang menangis pada mula kemudian gembira kerana akan mewarisi wang beribu juta peninggalan bapanya.

Namun peguam yang menjaga wasiat Anand Mohan berkata ,bapa Sita cuma meninggalkan seutas loket dan semua harta telah di tulis atas nama Ram dimana Sita perlu mengahwini Ram untuk turut berkongsi.

Masalah nya Ram adalah seorang polos, tidak tahu apa2 tentang dunia luar, mudah di tipu dan perlu di rawat apabila tiba masanya kerana penyakit yang di alami.

Balaraju berterusan menggunakan semua sumber untuk memaksa Sita tunduk dan menghabiskan masa dengan nya dan semua plan nya gagal kerana sikap polos Ram.

Tetapi Ram juga di beri anugerah lain oleh tuhan iaitu kekuatan fizikal yang tersembunyi dan kemampuan belajar sesuatu dengan cepat .Bakat luar biasa ini banyak membantu Sita tanpa Sita sedar termasuk kemampuan nya menghafal undang – undang India dengan membaca buku dan menjadi peguam Sita dalam kes mahkamah.

.

KESIMPULAN:

Lakunan Kajal sebagai Sita saya beri 4,5/5..dia berjaya membawa watak yang membuatkan kita marah dan benci.Sita sanggup melihat Ram mati asalkan niat nya tercapai dan Ram pula akan kita marah kerana terlalu polos dan membiarkan diri di pergunakan.Namun Anand Mohan telah membuat perancangan yang bijak sebenarnya sebelum dia mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *