Review Filem: Ziarah (2017)

by -14 views

Sejauh mana anda sanggup pergi untuk orang tersayang.
Mbah Sri, wanita berusia 95 tahun ini menunjukkan kita apa itu cinta sebenar.

Filem Ziarah ini menggunakan hampir 80% penggunaan bahasa Jawa, namun usah bimbang kerana subtitle ada.
Untuk plot filem Ziarah ini, saya rasa sangat sederhana saja..perjalanan seorang wanita mencari kubur suaminya… , tapi yang buatkan ia sangat hebat ialah lakonan Mbah Sri yang sungguh luar biasa, bagaimana seorang wanita tua berusia 95 tahun mampu berlakon dengan sebaik ini?
Namanya akting panco suthiyem..

ZIARAH OFFICIAL TRAILER

Selama 80 minit kita Akan lihat perjalanan Mbah Sri dalam mencari kubur suaminya, yang berlaku lihat bagaimana perasaan cinta terhadap lelaki itu membawa dia menuju beratus kilometer daripada rumahnya..
Ia mengajar kita penonton sesuatu..
Dialog yang di ucapkan oleh para Pelakon juga sangat baik Dan memiliki makna yang mendalam.
Penuh patriotik dalam menjadikan Indonesia sebuah negera terbilang.
Tidak perlu berdozen askar untuk membuat filem sejarah, cukup untuk kita terjemahkan melalui perjalanan wanita tua ini.
Ziarah juga, memberi kan kita makna sebenar Indonesia.
Dapat lihat unsur unsur Jawa yang sangat kuat dalam filem ini, baik daripada rumah ataupun tradisi mereka.

Tidak perlu melakukan perjalanan beratus kilometer untuk mencari makam palawan negara, cukup sudah saksikan apa yang mereka buat untuk negara

Ikhlas daripada lubuk hati aku yang paling dalam…. Ziarah ialah Sebuah filem yang sangat sangat baik untuk korang semua….

Tengok lah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *