Review Filem: United 93 (2006)

by -11 views

U93 adalah filem berdasarkan kisah sebenar tentang pesawat United Airlines 93 yang berlepas dari Newark, NJ menuju ke San Francisco, CA pada pagi 11 September 2001.

U93 adalah antara 4 pesawat yang terlibat dalam serangan 9/11 terhadap US. Ia telah dirampas oleh sekumpulan 4 orang pengikut AlQaeda dan dirancang untuk menyerang White House.

Dalam cubaan merampas U93, 3 lagi pesawat lain yang telah dirampas telah pun berjaya menyerang bangunan2 sasaran.

Review: United 93 - Slant Magazine

Bermula dengan serangan American Airlines 11 di North Tower World Trade Centre (WTC), diikuti dengan serangan United Airlines 175 di South Tower WTC, dan serangan American Airlines 77 di Pentagon.

Filem ini memaparkan kisah penumpang dan kru U93 bermula dari saat berlepas, bagaimana rampasan berlaku dan cubaan untuk merampas semula pesawat dari tangan pengikut AlQaeda tersebut. Dalam pergelutan di cockpit, para penumpang tidak berjaya mengawal pesawat U93 menyebabkan ianya terhempas di satu kawasan lapang di Pennsylvania. Kesemua 40 orang penumpang dan kru U93 termasuk 4 orang pengikut AlQaeda itu terkorban serta merta.

Review: United 93 (2006) | Bill's Movie Emporium

U93 adalah satu2nya pesawat rampasan yang tidak berjaya menuju ke destinasi sasaran serangan pada 11 September 2001 itu.

Kesemua penumpang dan kru dalam keempat2 pesawat yang dirampas terkorban pada hari tersebut.

Kini, sudah 19 tahun sejak peristiwa 9/11 berlaku. Saya jadi tertarik untuk baca artikel2 mengenai keempat2 serangan itu selepas menonton filem U93.

Saya memang minat apa saja filem mengenai aviation, rampasan pesawat, pesawat terhempas. Ada sebarang cadangan untuk filem2 lain berkaitan aviation? Tolong kongsikan dengan saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *