Review Filem: Sebelum Iblis Menjemput: Ayat Dua (2020)

by -7 views

Iblis menghulur mimpi Indahnya neraka,
Syurga akan Ku beri bersama derita..

Selepas dua tahun peristiwa pertama, hidup Alfie kembali huru hara selepas terlibat dengan satu lagi ujian yang bakal menentukan sejauh mana ia mampu bertahan.

Bagaimana John Constantine dengan lucifer, begitu juga Alfie dengan moloch.
Iblis yang perlu kan kanak kanak sebagai korban.
Ia adalah sequel yang paling di nanti kan oleh saya. Timo tjahjanto tidak menunggu lama untuk kembali dengan ayat dua…Dan menjadi kebiasaan mana mana sequel untuk kita banding kan dengan bahagian pertama.
Kalau di tanya kepada saya, bahagian pertama adalah sangat sempurna jalan ceritanya.
Untuk ayat dua, ia nampak sedikit kelam kabut dengan plot yang agak longgar tapi di tampal dengan make up effect yang sangat cantik…
Bukan make up Chelsea islan, tapi make up setan.

Kita di ceritakan mengenai beberapa orang anak yatim Dan masalah masa lalu mereka yang kembali menghantui.ia seperti persamaan dengan satu lagi filem seram Indonesia..ehh nampaknya ayat dua ni macam tak ada originality untuk mencapai benchmark seperti filem pertama kan..

Tidak pasti Apakah Penulis skrip melakukan homepage kepada filem filem seram terkenal dunia ataupun cukup untuk menambah perisa bagi menjadikan ia klasik.

Bagaimana John Constantine dengan lucifer, begitu juga Alfie dengan moloch.awak mesti tahu apa yang saya maksudkan..
Moloch tidak termasuk dalam berpuluh lagi nama setan tapi Menurut Internet, dia ialah putera neraka Dan menuntut kanak kanak sebagai korban.jauh berbeza dengan belphegor, cain, leviathan, Satan.. Mahu pun lucifer.

Apa pun Lupa kan saja apa yang timo tjahjanto lakukan dalam sebelum iblis menjemput (2018) kerana ini jua merupakan naskah yang bagus,
Perhatikan saja bagaimana mereka membangunkan Cinematography, special efek serta editing yang betul betul mencengkam biarpun ada sesetengah shot nampak kartun.
Lihat saja iblisnya yang begitu satanic do sebalik jumpscare yang agak luar biasa..

Harap ada ayat 3
Berbaloi untuk masa anda…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *