Review Filem: Never Let Me Go (2010)

by -18 views

Pertama kali tengok filem ni bila kawan bagi pinjam DVD 9 tahun lepas. Kawan suruh tengok sebab filem ni adaptasi novel dari tajuk yang sama jugak, Never Let Me Go. Dia beritahu yg novel ni sangat bagus. Aku yang malas membaca prefer untuk tengok filem je.

Habis je tengok, mcm tergamam betapa depressed nya filem ni. Rasa sayu dan sedih. Macam ni rupanya perasaan bila harapan dan impian berkecai teruk. Bila kau tahu yang hidup kau dah ditentukan iaitu untuk mati perlahan-lahan. Tragis.

Mengisahkan 3 sahabat baik, iaitu Kathy, Tommy dan Ruth yang dibesarkan di sebuah sekolah berasrama penuh di England sekitar tahun 70an. Sekolah ni dipanggil Hailsham.

Film Notes: “Never Let Me Go” (Romanek, 2010) | by Yoshua Wakeham | Medium

Tak ada apa yang pelik pun pasal sekolah Hailsham ni. Kalau tengok dgn mata kasar sama je dengan sekolah asrama yang lain. Pelajar2 pun normal je dengan uniform sekolah, dan guru2 pun mengajar sama je mcm guru2 lain.

Yang bezanya, di Hailsham pelajar2 sangat digalakkan menghasilkan hasil seni. Hasil seni mereka pula akan dipamerkan di ‘the gallery’ yg tak seorang pun tahu di mana. Tahap kesihatan pelajar2 situ juga sering dipantau rapi.Mereka jugak ditekankan untuk menjaga kesihatan dan tidak sesekali merokok.

Dalam diam, Kathy menyimpan perasaan kat Tommy. Tommy pun mcm ada feeling juga kt Kathy sebenarnya tapi entah mcm mana Ruth pulak yang dapat Tommy dulu.

Bila masing2 dah meningkat remaja iaitu 8 tahun kemudian, 3 sekawan ni ditempatkan di sebuah kotej dalam ladang. Dekat sini, mereka tinggal dengan 2 orang lagi remaja sebaya mereka.

Masa tinggal dekat kotej ni la baru tiga sekawan ni kenal dengan dunia luar. Dan masa ni lah mereka dapat tahu yang mereka sebenarnya adalah klon. Ya, klon.Dan organ mereka pula akan didermakan satu persatu bila mereka dah capai umur dewasa. Mereka digelar sebagai ‘donor’. Pendermaan organ ni dilakukan sampailah tuan punya badan (donor) dh tak boleh survive. Yelah, organ dalaman kau diambil sikit demi sikit. Matilah jawabnye.

Never Let Me Go (2010) YIFY - Download Movie TORRENT - YTS

Bila tiga sekawan ni sedar yang hidup mereka hanya lah sebagai penderma organ, jiwa masing2 bergolak. Hidup dah takde pilihan mcm org lain. Impian dan harapan? Jauh sekali.

Kathy yg kecewa tak dpt bersama Tommy tinggalkan kotej tu dan apply job sebagai ‘carer’. Tugas seorang ‘carer’ adalah untuk menjadi penjaga/peneman kepada ‘donor’ yang organ nya akan dibedah sampai lah pemindahan organ ‘complete’. Maksudnya sampai lah ‘donor’ mati.

Kelebihan menjadi ‘carer’ ialah mereka akan ada masa hidup lebih sedikit sampai lah turn mereka pula jadi ‘donor’.

8 tahun berlalu, Kathy masih lagi menjadi ‘carer’. Dia dah menyaksikan ramai ‘donor’ yg dijaganya mati di meja bedah.

Masa ni Kathy dpt tau yg Ruth dan Tommy dah berpisah. Dan kedua2 pun dah mula lemah sebab masing2 dah mula menderma organ.

Ruth yg rasa bersalah cuba nk satukan Tommy dan Kathy. Ruth bgtau dia ada dengar cerita, kalau dua ‘donors’ jatuh cinta, mereka boleh dikecualikan dari menderma organ dan dibenarkan hidup bersama. Tapi Kathy dan Tommy perlu berjumpa dengan Madame dahulu untuk buktikan yg mereka ini punya jiwa dan cinta.

Film Review: 'Never Let Me Go' (2010) | Jdanspsa Wyksui

Berjayakah Kathy dan Tommy berjumpa dengan Madame? Siapa madame tu sebenarnya? Dapatkah Kathy dan Tommy hidup bersama?

Jomlah sama2 kita tengok pengakhirannya. Aku pun duk cari cerita ni nk tengok balik tapi tak jumpa2 lagi. Netflix Malaysia pun takde jugak.

Rating 8/10

Trivia:
– Penulis novel Never Let Me Go, Kazuo Ishiguro seorang berbangsa Jepun yg menetap di England adalah pemenang Hadiah Nobel Sastera pada 2017
– Kalau tak silap Jepun ada buat miniseries Never Let Me Go pd tahun 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *