Review Filem: Jebat (2020)

by -10 views

(Dari drama siri Bukan aku tak cinta)
Tayangan Astro First

Filem honeymoon road trip suamiku gengster

Jika anda peminat drama bersiri Bukan aku tak cinta yang glamer pada penghujung tahun 2013 itu maka anda mungkin mahu menyaksikan filem aksi komedi percintaan ini dikaca televisyen rumah anda.

Jebat menelusuri perjalanan bulan madu Mastura dan Jebat yang diromantikkan dengan tembakan pistol dan pukulan-pukulan berbisa dari penjahat-penjahat yang mengejar mereka sepanjang berlangsungnya bulan madu itu.
Plot penceritaannya bagi saya tersusun dan cara ia mahu bercerita itu sampai dan diselangi dengan dialog-dialog kelakar dari mulut Jebat itu sendiri. Tetapi mungkin apa yang mengecewakan ialah kurangnya perlaksanaan aksi-aksi itu untuk menjadikannya lebih hebat dan mantap.

Sebagai contoh, idea penjahat mahu membunuh Jebat dan acap kali muncul di setiap tempat persinggahan mereka itu sangatlah menarik tetapi entah kenapa saya sebagai penonton mahukan lebih aksi dan lebih muslihat serta alangkah bagusnya lebih dramatik. Tetapi dihidangkan dengan penjahat yang datang membawa pistol dan senapang sahaja.
Walaupun ada beberapa watak yang membuat necessary screen presence tetapi impaknya agak kurang berbanding watak itu sepatutnya dimainkan. Jika dimainkan dengan lebih teliti maka lebih bad ass dan lebih diingatilah watak undangan tersebut.
Saya agak kecewa dengan lagu temanya nyanyian Rossa dan Hafiz itu yang tidak berkumandang kuat-kuat dan kerap dalam filem ini. Rasa tidak puas hanya dapat dengar sedikit saja.

Ini tidak bermaksud filem ini tidak menyakinkan untuk ditonton kerana ia masih lagi memberi hiburan kepada peminat Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad. Agak puas juga melihat manja dan mengada-ada Mas pada suaminya Jebat itu dan bagaimana seorang suami yang membahasakan “aku kau” kepada isteri cantiknya itu cuba berterus terang kisah silamnya yang pahit. Ia jelas mahu menunjukkan bahawa hubungan suami isteri itu diuji disaat suka dan duka. Disaat bila sang suami bukanlah seperti yang diimpikan adakah masih mahu menerima. Atau hanya sukakan pasangan pada zahir baiknya sahaja.

 

Akhir kata, Jebat bukanlah satu karya yang sangat hebat setanding My Wife is a gangster 3 atau filem-filem suamiku ketua gangster yang lain. Jebat satu percubaan baik yang menawarkan aksi tembak menembak, pukul memukul dan kisah percintaan yang manis. Anda mungkin terhibur atau anda mungkin tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *