Review Filem: Ottamuri velicham/ light in the room (2017)

  • Whatsapp

Dir : Rahul riji nair

Di mana impian Dan harapan akhirnya menjadi debu debu bertebangan?

Tahap keterujaan saya naik pada skala 8/10
Saya tak faham keNapa idea Dan skrip mereka pada filem ini sangat bijak. Filem yang sangat power… Ia bukan lah filem untuk semua orang tapi ini ialah wajib tonton biarpun anda peminat vijay, vijay sethupathy, mahesh babu, allu arjun, privitraj sukumaran, mohanlal Dan Segala macam Pelakon yang lain.

sudha,
Seorang yatim piatu yang baru saja berkahwin dengan chandran.gadis cantik Dan naif yang memberikan hatinya kepada chandran dengan harapan tinggi menggunung

Chandran
Seorang juruteknik elektrik yang tinggal bersama ibunya di sebuah rumah kecil di kawasan pergunungan.kehadiran sudha ke dalam keluarga mereka menambahkan lagi kegembiraan kepada ibu chandran.

Filem ini pelakonnya tak ramai,tak sampai 10 orang tapi ia membekas kepada sesiapa yang tonton.melalui sudha, kita di hadapkan dengan plot utama filem ini.
Sebuah lampu di bilik tidur sudha Dan chandran. Lampu ciptaan suaminya yang Sentiasa terbuka sama ada malam atau Siang.
Ini membuatkan sudha tak selesa Dan kemudian bermula lah sebuah neraka baginya.

 


Berlatarbelakang kawasan pergunungan yang cantik,sudha yang pada mulanya naif menunjukkan Emosi yang berjaya sekali.
Menghadapi hari hari dengan sabar di sebalik sebuah perkahwinan.
Malahan kita juga seperti turut sama merasai apa yang di rasakan oleh sudha melalui bingkai bingkai filem yang bergerak.
Terasa panas, sakit hati Dan benci.
Sebuah filem yang sangat sangat bagus untuk menyampaikan mesej sebuah perkahwinan.

Amaran : terdapat rape scene namun ia tidak keterlaluan.di akhir Kredit juga terdapat sedikit info..

Light in the room Rekemen 100%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *