Cara Letak Link WhatsApp dalam Facebook

by -56,747 views

Anda dah buat link WhatsApp dan sedia untuk digunakan.
Anda plan nak guna link tersebut dalam Facebook.

Supaya senang pelanggan nak contact. Klik saja terus masuk ke WhatsApp.

Bagaimana cara atau strategi yang boleh anda gunakan?

Dalam post ini kita akan lihat bagaimana cara untuk gunakan link whatsapp anda dalam Facebook.

Diharap post ini dapat membantu anda.

Cara 1: Selitkan link WhatsApp dalam post

Cara paling mudah tetapi jika digunakan dengan betul, sangat berkesan!
Contohnya ini adalah link whatsapp anda:

https://wa.me/60123456789

(Anda boleh buat link whatsapp anda sini: Buat link WhatsApp
Anda boleh selitkan link tadi dalam post berkenaan dalam facebook seperti ini:

paparan link whatsapp dalam post facebook
Paparan link whatsapp dalam post Facebook

Untuk menjadikan post anda berkesan, gunakan panduan berikut:

  • Gunakan bahasa mudah difahami
  • Jangan tulis panjang-panjang, susah nak baca
  • Pastikan link WhatsApp anda tidak tersembunyi, tak perlu tekan read more…
  • Pastikan anda jelaskan link tersebut adalah link WhatsApp. Paling mudah buat seperti ini. ‘WhatsApp: link anda’
  • Gunakan gambar yang menarik

Kalau anda tak mahu nombor anda tertera dalam link, boleh gunakan aplikasi peringkas seperti bitly.

(tapi link asal lagi kelihatan trusted).
Jika anda perasan sewaktu memasukkan link whatsapp akan ada keluar paparan preview WhatsApp api.
Ia nampak kurang cantik.

Anda boleh buang paparan preview tersebut dengan menekan butang X.

paparan preview whatsapp link dalam facebook post

Cara 2: Letak link WhatsApp dalam butang facebook page

Pada setiap Facebook page terdapat butang yang boleh diklik kelihatan seperti ini:

clickable buttan facebook page

Anda boleh set butang ini dan masukkan link WhatsApp anda.

Caranya seperti berikut:
Masuk ke dalam facebook page milik anda.
Pada bahagian atas terdapat butang biru yang anda boleh edit.

(dibawah cover foto, sebelah kanan)

lokasi butang learn more

Klik butang tersebut dan pilih setting seperti berikut:

setting butang whatsapp facebook page

Kemudian tekan butang ‘Next‘, dan klik pada ‘Website link‘:

setting butang whatsapp facebook page

Seterusnya masukkan link WhatsApp anda dan save.

Cuma satu sahaja, kita tak boleh ubah nama butang tersebut, butang ‘Learn More‘.

Cara 3: Gunakan butang WhatsApp dalam ‘Boost Post’

Cara ini hanya boleh digunapakai dalam facebook page milik anda.
Anda boleh letak butang ‘Send Message’ WhatsApp dalam post anda.

butang send message whatsapp dalam facebook post

Cuma cara ini memerlukan sedikit bajet.

Tapi jika dilakukan dengan betul ia sangat menguntungkan lebih-lebih lagi untuk mereka yang bisnes.
(Anda boleh boost post dengan bajet serendah RM4 sehari)
Caranya seperti berikut:
Buat post baru dalam facebook page bisnes anda kemudian publish.
(atau boleh pilih mana-mana post yang sudah sedia ada)
Klik pada butang ‘Boost Post

butang boost post dalam post facebook page

Paparan setting untuk boost post akan keluar.

Dalam bahagian ‘POST BUTTON’ klik pada butang pilihan dropdown untuk memilih ‘Send WhatsApp Message’.

pilih butang whatsapp message

Seterusnya masukkan nombor WatsApp anda dalam ruangan yang diberikan.
Kod verifikasi akan dihantar ke WhatsApp anda.
Selesai semua setting tekan pada butang ‘Boost’ dan selesai.
Setiap kali pelanggan yang berminat menekan butang yang disediakan, ia akan terus masuk ke WhatsApp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *