Review Filem: Arrambam (2013)

  • Whatsapp

Lakonan Thala Ajith, Arya dan Nayanthara

Filem dibuka di Mumbai dengan seorang lelaki yg sedang memasang bom di sebuah kompleks. Dia kemudiannya menelefon seorang polis dan beritahu bom itu akan meletup.

Filem seterusnya memperkenalkan kita dengan pasangan comel Arjun dan Anita(Arya dan Tapsee Pannu) . Bagaimana Arjun diet dan kurus kan badan semata-mata untuk mendapatkan perempuan yg dia cinta itu.

Kemudiannya Arjun ke Mumbai kerana mendapat tawaran kerja. Dia kebetulan terserempak dengan Maya(Nayanthara) , rakan sekolejnya. Ketika dalam perjalanan ke tempat interview selepas Maya menawarkan untuk menumpangkan Arjun, Maya diculik begitu juga Arjun.

Bila terjaga dia dipaksa untuk menggodam sebuah sistem televisyen dan network oleh pengganas yang dikenali sebagai AK. Mereka ugut akan bunuh Anita jika Arjun tidak ikut cakap.

AK inilah Thala Ajith. Adakah Thala penjahat dalam filem ini?

Recommended, penuh aksi dari awal sampai habis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *